Pemuda UMNO mahu gencatan senjata - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO mahu gencatan senjata

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gencatan adalah langkah terbaik yang perlu dilakukan oleh semua ahli politik pada masa sekarang bagi menjaga kesejahteraan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tumpuan Agenda Perdamaian Nasional dapat meletakkan perbezaan yang ada dalam kalangan ahli politik 

Katanya, Agenda Perdamaian Nasional ini memberikan keutamaan kepada parti-parti politik untuk menangguhkan seketika persengketaan dalam soal perebutan kuasa terutama dengan peningkatan Kes Covid-19 dan krisis ekonomi.

” Agenda perpaduan nasional yang dimaksudkan ini bukanlah bermakna kita mencairkan identiti mahupun ideologi perjuangan parti masing-masing.

” Sebaliknya, Agenda Perdamaian Nasional ini memberikan keutamaan kepada parti-parti politik untuk menangguhkan seketika persengketaan yang tajam dalam soal perebutan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu Asyraf Wajdi berkata, Agenda Perdamaian Nasional perlu ada manifestasi ketelusan kepimpinan setiap parti siasah untuk menzahirkan nilai perjuangan sebenar yang bukan hanya seputar perebutan takhta tetapi benar-benar untuk membantu rakyat.

” Perlu ada ‘political will’ (iltizam politik), ‘political commitment’ (komitmen politik) dan ‘political sincererity’ (kejujuran politik) yang jitu untuk menjayakan agenda ini secara bersama.

“Jangan nanti kita dihukum oleh rakyat yang semakin mual dengan sikap politikus yang berterusan berbalah isu-isu politik kuasa bagaikan tiada penghujung,” ujarnya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN