Pembantu pam maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pembantu pam maut kemalangan

KEADAAN motosikal ditunggang Muhammad Zulhafiz Ashraf Ramlan, 19 yang merempuh Toyota Vios di kilometer 50 Jalan Batu Pahat-Mersing semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Seorang pembantu pam minyak maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di dalam nahas jalan raya di kilometer 50 Jalan Batu Pahat-Mersing semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, mangsa Muhammad Zulhafiz Ashraf Ramlan, 19, maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di kawasan lampu isyarat. Kemalangan berlaku semasa sebuah lagi kereta datang dari Kluang menghala ke Taman Berlian. 

“Manakala mangsa dari arah Air Hitam menghala ke Kluang dan melanggar kereta berkenaan. Akibat dari kemalangan itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Zulhafiz Ashraf Ramlan, 19

 

Dalam pada itu, abang mangsa, Mohamad Zulhelmi, 23, berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian menimpa adiknya selepas dimaklumkan seorang rakan mereka.

Katanya, ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahya.

“Saya dan abang bergegas ke tempat kejadian, sebaik tiba saya tergamam dan melihat adik sudah meninggal dunia dengan darah berlumuran di atas jalan.

“Saya merangkulnya dan mendapati kedua tangan dan kakinya terkulai sebelum saya mengangkatnya ke dalam van polis,” katanya.

Katanya, ralat apabila hajat untuk mengumpulkan semua adik beradik dalam majlis perkahwinan abang sulung dan dirinya tidak lama lagi tidak akan menjadi kenyataan.

Katanya, arwah bekerja sambilan untuk mencari duit kocek dan menunggu tawaran belajar selepas menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Johor. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya