Pelan Induk Pusat Tamadun Melayu dilancar - Utusan Malaysia

Pelan Induk Pusat Tamadun Melayu dilancar

HASNI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Johor merupakan negeri pertama yang merangka dan melancarkan Pelan Induk Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa sebagai usahanya ke arah pembangunan naratif yang baharu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pelan itu mempunyai sembilan teras strategik yang merangkumi semua aspek penting dalam pembangunan dan pemerkasaan Tamadun Melayu Johor.

Katanya, antara sembilan aspek tersebut adalah Institusi Islam dan Kesultanan Melayu, ekonomi Melayu dan iltizam Politik.

“Kesemua teras strategik tersebut dapat mewakili semua aspek penting dalam pembangunan dan pemerkasaan Tamadun Melayu Johor itu sendiri.

“Bagi menjayakan pelaksanaan pelan induk ini, konsep ‘Projek Berjenama’ telah diperkenalkan yang bertujuan untuk mengangkat aspek-aspek tamadun Melayu Johor melalui aktiviti-aktiviti berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pelan Induk Johor Sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025 di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Kata Hasni, oleh demikian satu Jawatankuasa Pemandu Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025 akan ditubuhkan yang berperanan memantau dan melaporkan pelaksanaan pelan induk kepada kerajaan negeri dari semasa ke semasa.

“Sesungguhnya pelan induk ini sewajarnya menjadi jalan pencerahan untuk kita menghidupkan Tamadun Melayu. 

“Saya harap pelan induk ini janganlah hanya menjadi ‘dokumen coffee table’. Ia harus menjadi ‘the new blueprint’ untuk membangun dan mempromosi kearifan bangsa Melayu dan dunia Melayu,” katanya.

Beliau juga berharap pelan induk itu menjadi sebagai sebahagian daripada usaha radikal untuk mengembalikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang berwibawa dan bermaruah.

Pelan Induk Johor itu telah dijayakan oleh pasukan penggubal dan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Ia diketuai Prof Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain dari UPM selaku Ketua Penyelaras Projek. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya