Pelajar matrikulasi tidak dibenar pulang ke rumah dalam zon merah - Utusan Malaysia

Pelajar matrikulasi tidak dibenar pulang ke rumah dalam zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua pelajar program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan yang akan bercuti bersempena cuti pertengahan semester 1 sesi 2020/2021  mulai 9 Oktober ini tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka sekiranya terletak dalam kawasan zon merah Covid-19.

KPM dalam satu surat edaran kepada kolej-kolej matrikulasi berkata, ibu bapa atau waris dari kawasan zon merah juga tidak dibenarkan memasuki kolej untuk bertemu pelajar.

Bagaimanapun, menurut surat berkenaan yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi), Adzman Taib, pelajar-pelajar lain yang tidak terlibat dalam kawasan berkenaan dibenarkan pulang bermula 9 hingga 17 Oktober bagi negeri Kedah, Kelantan dan Johor.

Katanya, bagi negeri-negeri lain pula adalah dibenarkan pulang pada 10 hingga 18 Oktober ini.

“Kebenaran pulang bermalam dan lawatan ibu bapa dan waris perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu.

“Garis panduan itu telah dikemas kini dan boleh diakses melalui portal rasmi KPM, www.moe.gov.my,” katanya hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya