Pelajar harus sesuaikan diri dengan pembelajaran kendiri -Tuanku Syed Faizuddin - Utusan Malaysia

Pelajar harus sesuaikan diri dengan pembelajaran kendiri -Tuanku Syed Faizuddin

TUANKU Syed Faizuddin (tiga dari kanan) berkenan berangkat menyempurnakan Program MSK Unimap Sidang Akademik 2020/2021 dan Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Baharu menerusi platform digital di Auditorium Bangunan Canselori Kampus Alam Unimap Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pelajar baharu Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dinasihatkan menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara kendiri selain sentiasa berfikiran terbuka serta menghasilkan inovasi yang boleh dimanfaatkan semua pihak.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu seiring dengan visi Unimap iaitu universiti teknikal yang berdaya saing di persada antarabangsa.

“Pada masa sama, fokus diberikan kepada ilmu pengetahuan. Insya-Allah kita bakal mampu melahirkan lebih ramai lagi mahasiswa terbaik dan menjadi kebanggaan universiti, keluarga, masyarakat, dan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan Program Minggu Suai Kenal (MSK) Unimap Sidang Akademik 2020/2021 dan Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Baharu menerusi platform digital di Auditorium Bangunan Canselori Kampus Alam Unimap Pauh Putra di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Tuanku Pro Canselor Unimap.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin  yang juga Tuanku Canselor Unimap bertitah, pelbagai kemudahan asas disediakan oleh universiti bagi memastikan keselesaan dan kualiti pelajar dijaga dengan baik.

“Oleh kerana Unimap merupakan universiti kejuruteraan, penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran lebih kepada praktikal di dalam makmal, e-pembelajaran serta pendedahan kepada industri yang memberi peluang kepada setiap pelajarnya mengaplikasikan ilmu dipelajari dengan berkesan dan efektif,” titah baginda. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya