Pekebun warga emas maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pekebun warga emas maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pekebun warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Pulai di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Teow Sin Yoon, 68, dalam perjalanan dari kebunnya untuk pulang ke rumah di Kampung Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa cuba memotong lori muatan kayu.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Mangsa yang terbabit kemalangan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd. Taufik berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Khaizal Mat Ali, 31, bersama seorang penumpang, Mohd. Suhaimi  Hamzah, 33, tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Katanya, hasil siasatan awal, kawasan jalan kejadian kemalangan berselekoh dan tidak berturap.

“Mangsa yang memakai topi keledar tidak mempunyai lesen memandu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya