Pejabat Penjara Alor Setar disanitasi - Utusan Malaysia

Pejabat Penjara Alor Setar disanitasi

PENJARA ALOR SETAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melakukan sanitasi di Penjara Alor Setar di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, proses sanitasi bermula pada pukul 4.30 petang tadi.

“Kerja-kerja sanitasi melibatkan empat ruang pejabat di tingkat satu dan dua serta bahagian luar penjara,” katanya di sini.

Katanya, proses sanitasi melibatkan enam anggota bomba mengambil masa kira-kira sejam yang selesai pada pukul 5.30 petang tadi.

Sementara itu, seramai 97 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan kakitangan dan tahanan dicatatkan pada hari ini.

Jumlah keseluruhan kes bagi kluster itu pula ialah 414 kes setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya