Para graduan perlu ambil peduli soal politik - Utusan Malaysia

Para graduan perlu ambil peduli soal politik

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Para graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang dilahirkan di negara ini bukan sahaja perlu memenuhi keperluan industri tetapi juga beretika dan mengambil peduli soal politik.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, sejak kebelakangan ini telah wujud kecelaruan berkenaan fokus generasi muda yang mahu dilahirkan di IPT sama ada awam mahupun swasta.

“Bagaimanakah bentuk graduan yang mahu dilahirkan sama ada baik dan beretika atau graduan yang memenuhi kehendak industri dan berorientasikan kemahiran.

“Industri mahukan graduan berkemahiran tinggi dan negara memerlukan individu yang beretika dan cakna politik. Namun terbaik adalah titik tengah antara kedua-duanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Pameran Inovasi Antarabangsa Asia 2020 di di sini hari ini.

Tambah beliau, sehubungan itu IPT perlu memupuk sifat ingin tahu dan bertanya bagi mendapatkan jawapan dalam graduan yang dilahirkan mereka.

“Hal ini kerana dengan sifat sedemikian, seseorang individu itu akan menjadi insan yang berkemahiran tinggi, inovatif dan bersesuaian dengan kehendak industri.

“Kita perlu ingat, pembangunan jika tidak disandarkan pada etika dan moral akan menjadi pembangunan yang tidak membawa makna,” tambahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN