Osman Sapian nafi sertai PKR - Utusan Malaysia

Osman Sapian nafi sertai PKR

OSMAN SAPIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian menafikan khabar angin bahawa mengatakan beliau bakal menyertai PKR.

Katanya, beliau tetap dan masih ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta tidak sesekali menyertai parti lain.

“Khabar angin gunung mana ini? Adakah angin Gunung Pulai? 

“Tidak, tidak, saya tidak sertai PKR. Saya masih ahli Bersatu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan bekas Menteri Besar itu bakal menyertai PKR.

Khabar angin membabitkan Osman bukan satu perkara baharu apabila namanya sebelum ini pernah dikatakan bakal meninggalkan Bersatu.

Bersatu kini mempunyai 12 ADUN, manakala UMNO dan DAP masing-masing 14 ADUN, Amanah (sembilan), PKR (empat), MIC (dua) dan Pas (satu).

Kerajaan PN kini mempunyai 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi manakala majoriti mudah bagi membentuk Kerajaan Negeri Johor ialah 29 kerusi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya