Operasi sekolah di Sabah diteruskan - Utusan Malaysia

Operasi sekolah di Sabah diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pejabat dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan di seluruh Sabah beroperasi seperti biasa dalam tempoh kawalan rentas daerah kecuali di empat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) Bersasar.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran khas membolehkan semua pegawai, guru dan kakitangan yang tinggal di luar daerah tempat bertugas dibenarkan merentas daerah supaya operasi institusi tidak terjejas.

“Bagi tujuan itu, ketua jabatan akan mengeluarkan surat arahan hadir bertugas kepada pegawai, guru dan kakitangan yang tinggal di luar daerah tempat bertugas.

“Surat kebenaran khas juga dikeluarkan pihak sekolah kepada murid yang tinggal di luar daerah sekolah bagi membolehkan murid merentas sempadan daerah hadir ke sekolah,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, pengoperasian institusi pendidikan di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna adalah tertakluk kepada Temco Bersasar yang bermula 29 September lalu hingga 12 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya