Op alam sekitar, 1,001 dikompaun RM2j - Utusan Malaysia

Op alam sekitar, 1,001 dikompaun RM2j

ROSLI Zul (tengah) menunjukkan laporan Op Gempur ketika sidang akhbar di pejabatnya di Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/SHAARANI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak mengeluarkan 1,001 kompaun berjumlah lebih RM2 juta dalam empat Op Gempur di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul berkata, operasi bersepadu itu bertujuan memastikan pihak industri mematuhi peraturan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan lain di bawahnya.

“Ini bagi memastikan pihak industri sentiasa bersedia untuk mematuhi kehendak perundangan ketika menjalankan operasi premis di samping menunjukkan keseriusan JAS dalam membanteras dan mengambil tindakan perundangan kepada pihak yang melanggar perundangan alam sekitar.

“Ini penting bagi memastikan pihak industri menjalankan operasi mengikut kehendak perundangan yang ditetapkan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius pihak berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya