Nafi petugas kesihatan tidak boleh buat kerja - Utusan Malaysia

Nafi petugas kesihatan tidak boleh buat kerja

NOOR Azmi Ghazali (dua dari kanan) dan Exco Pendidikan negeri Perak, Razman Zakaria (kiri) menyampaikan sumbangan kotak bantuan makanan kepada penduduk di Bagan Serai hari ini. -UTUSAN/ WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tuduhan terhadap kakitangan kesihatan dari Semenanjung yang berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan menangani Covid-19 di  Sabah tidak boleh buat kerja merupakan dakwaan yang dangkal dan tidak benar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali menegaskan,  semua petugas kesihatan dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah telah melalui proses pemilihan khas yang ketat.

Menurutnya, mereka dinilai dari pelbagai sudut termasuk tahap kelayakan, kepakaran dan keadaan kesihatan.

“Saya ada dengar keluhan itu, tapi kenyataan itu saya tak setuju,  tak wujud perkara macam itu, ia tidak benar.

“Saya pun hairan dengan kenyataan itu kerana sebelum kita pilih mereka untuk di hantar ke Sabah,  kita adakan dulu temuduga untuk melihat kepakaran dan tahap kesihatan, barulah mereka yang layak dihantar ke sana.

“Yang mendaftar untuk ke Sabah ramai sehingga 2,000 hingga 3,000 orang tapi yang terpilih hanya 100 hingga 300 orang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Jejak Kasih Menteri Besar dan Exco Pendidikan Negeri di Jalan Gula, Selinsing di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri,  Razman Zakaria.

Menurut Dr. Noor Azmi, dua kategori petugas kesihatan dari Semenanjung yang dihantar ke Sabah iaitu kakitangan kontrak dan sukarelawan.

“Sukarelawan yang terpilih juga menjalani pemeriksaan dan penilaian yang ketat sebelum dihantar termasuk menjalani ujian swab,” katanya.

Sementara itu, Razman berkata, tiada keperluan untuk menutup semua sekolah di negeri ini ekoran wabak Covid-19 yang melibatkan beberapa buah sekolah di negeri ini.

Menurutnya, hanya sekolah yang terjejas akibat Covid-19 sahaja yang akan ditutup.

“Zon merah Covid-19 di negeri ini melibatkan dalam kawasan Pusat Tahanan Koreksional (Kemta) Kamunting dan Penjara Taiping, tidak melibatkan penularan di luar kawasan tersebut.

“Selain itu sesi persekolahan perlu diteruskan kerana para pelajar akan menduduki peperiksaan dan penilaian akhir tahun,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya