Nafas baharu Hijjaz untuk Tiada Kata Secantik Bahasa - Utusan Malaysia

Nafas baharu Hijjaz untuk Tiada Kata Secantik Bahasa

Kolaborasi Hijjaz, Kmy Kmo, Luca Sickta dan Pasya ini diharap dapat menarik lebih ramai peminat menghayati lagu versi baharu, Tiada Kata Secantik Bahasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Mengambil peluang sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, kumpulan nasyid, Hijjaz memberi nafas baharu kepada sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menariknya, lagu ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’ telah diberikan nafas baharu untuk menyampaikan pesanan positif tentang baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Malah, Hijjaz turut berkolaborasi dengan penyanyi generasi muda, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta untuk lebih memberi warna kepada lagu tersebut.

“Biarpun lagu ini digubah oleh Tan Sri P. Ramlee sendiri, liriknya ditulis oleh Jamil Sulong, dan versi baru ini pula memaparkan lirik nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta juga.

“Idea untuk membuat lagu versi baharu ini sudah 2 tahun dirancang dan apabila Hijjaz berada di Madinah membuat umrah, terdetik hati adakah peminat dapat menerima dengan combinasi tiga genre ini , Rock, Nasyid dan Hip Hop.

“Apabila pihak Universal Music berjumpa dan berbincang dengan kami, cadangan ini dapat dikemaskan dengan idea-idea yang memberangsangkan. Malah, pihak MonkeyBone juga menerima baik idea ini,” kata salah seorang ahli Hijjaz, Isman.

Sementara itu, Luca Sickta berkata, muzik adalah Universal dan tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat di hati.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya