Musim tengkujuh yang sukar buat JBPM Kelantan tahun ini? - Utusan Malaysia

Musim tengkujuh yang sukar buat JBPM Kelantan tahun ini?

MD. Salleh Sarbini (kiri) menyaksikan Zuraidin Abdullah (tengah) menyerahkan sijil kepada anggota Pasukan Bomba Sukarela Mahaad Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok yang menamatkan kursus persediaan banjir. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menjangkakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir kali ini berdepan tugas sukar ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pengarahnya, Md. Salleh Sarbini berkata, penularan Covid-19 menyebabkan seluruh agensi penyelamat termasuk bomba perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian pandemik itu.

Menurutnya, seluruh anggota JBPM Kelantan telah dipersiapkan dengan ilmu berkaitan SOP bagi memastikan penugasan operasi berjalan lancar.

“Kita turut bekalkan anggota JPBM dengan kemahiran menyelamat menerusi dua kursus pengendalian bot sebagai persediaan menghadapi tengkujuh yang dijangka bermula pertengahan November ini.

“Jentera untuk tugas menyelamat seperti bot dan trak sudah diperiksa bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kita berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup Kursus Persediaan Banjir Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kelantan di Mahaad Tahfiz Al-Balaghul Mubin, Rong Chenok di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Zuraidin Abdullah.

Md. Salleh memberitahu, JBPM Kelantan juga bersedia menggerakkan PBS dan Pasukan Bomba Bantuan bagi melancarkan operasi menyelamat.

Pihaknya berharap mangsa banjir dapat memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP semasa tugas pemindahan dilakukan nanti.

“Jika perlu segera berpindah, jangan berlengah dan terus menghubungi Balai Bomba terdekat untuk mendapatkan bantuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya