Murid SK Permatang Janggus teruja ke sekolah selepas 14 hari kuarantin  - Utusan Malaysia

Murid SK Permatang Janggus teruja ke sekolah selepas 14 hari kuarantin 

SEBAHAGIAN murid-murid tahun satu hingga enam Sekolah SK Permatang Janggus yang hadir pada hari persekolahan selepas diarahkan ditutup selama lapan hari sebelum ini memulakan persekolahan dengan kehadiran penuh, berikutan seorang guru wanita dan seorang murid positif COVID-19.-UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Semua murid tahun satu dan dua Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga dekat sini yang menjalani kuarantin sejak 2 Oktober lalu susulan seorang guru dikesan positif Covid-19 kembali memulakan sesi persekolahan hari ini.

Tinjauan pengamal media di luar pekarangan pintu masuk utama mendapati pengawal keselamatan dan guru bertugas mencatatkan suhu murid-murid yang tiba di hadapan pagar sekolah kira-kira pukul 7 pagi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zainal Abidin Omar berkata, keputusan ujian saringan kedua Covid-19 warga sekolah terbabit didapati negatif.

“Selain itu, premis ini juga telah dinyah kuman oleh Jabatan Kesihatan negeri sebanyak dua kali dan turut disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan  (KKM).

“Justeru, sekolah sudah dibuka sejak 9 Oktober lalu bagi semua murid kecuali tahun satu dan dua yang hanya memulakan sesi persekolahan hari ini selepas menjalani kuarantin selama 14 hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 tetap menjadi keutamaan pihak sekolah bagi memastikan keselamatan murid terjaga. 

“Diharapkan ibu bapa dapat memberikan sepenuh galakan kepada anak-anak untuk hadir ke sekolah kerana guru-guru sedang berusaha keras untuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi peperiksaan akhir tahun ini.

“Bantu kita untuk membendung gejala ini dengan selalu mengingatkan anak-anak supaya sentiasa mematuhi SOP pencegahan Covid-19,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya