Mukim Taiping diisytihar zon merah - Utusan Malaysia

Mukim Taiping diisytihar zon merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mukim Taiping diisytihar zon merah susulan pengesanan 77 kes positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya berkata, 48 daripada 52 kes jangkitan baharu yang direkodkan di negeri ini semalam adalah dari mukim berkenaan.

Menurutnya, 48 jangkitan terbaharu di Taiping melibatkan banduan lelaki berusia antara 35 hingga 65 tahun yang ditempatkan di pusat tahanan di Kamunting.

“Mereka telah menjalani saringan Covid-19 pada 3 Oktober sebagai kontak rapat kepada satu kes positif yang mempunyai sejarah pergerakan ke Penjara Alor Setar pada 27 dan 28 September lalu.

“Mereka berada di pusat tahanan sepanjang tempoh 14 hari yang lepas.  Pada 10 Oktober, ada kes bergejala demam dan menerima rawatan di klinik pusat tahanan. 

“Seterusnya, pada 13 Oktober, sampel kedua ujian Saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) telah diambil.  Keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) kedua pada 14 Oktober adalah positif. Semua kes ini adalah kes jangkitan tempatan,” katanya.

Menurut JKN Perak, empat lagi kes positif di negeri ini melibatkan dua individu di daerah Hilir Perak dan dua lagi dari Hulu Perak.

“Semua 52 kes ini sudah diasingkan dan menerima rawatan dan pengesanan kontak rapat sedang dilakukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN