MOTAC rancang bina kompleks penyelidikan arkeologi  - Utusan Malaysia

MOTAC rancang bina kompleks penyelidikan arkeologi 

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited untuk membangunkan sebuah kompleks penyelidikan arkeologi lapangan yang dilengkapi galeri terbuka di Tapak Arkeologi Sungai Batu di sini bagi merancakkan sektor pelancongan negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementeriannya akan memohon peruntukan dengan kerajaan untuk melaksanakan pembangunan tersebut yang dijangka mengambil masa selama dua tahun.

Menurutnya, sebelum ini, kerajaan telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk pembinaan kompleks berkenaan, namun ditarik balik dengan alasan tertentu.

“Kita perlu ada kompleks lebih moden dalam reka bentuk 3 dimensi (3D) yang boleh menarik minat pelawat terutama orang muda mengetahui sejarah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke Tapak Arkeologi Sungai Batu di sini hari ini. 

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan jumlah peruntukan untuk membina kompleks dan galeri tersebut.

Nancy berkata, pembangunan galeri di kawasan tapak arkeologi itu boleh menjana pendapatan negara menerusi aktiviti ekopelancongan, selain membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

 Katanya, tapak arkeologi itu merupakan produk pelancongan tempatan tambahan di negara ini selain di Lenggong, Perak, sekali gus dapat menawarkan pelbagai produk pelancongan kepada pelancong.

“Sebab kita (MOTAC) sedang rancak untuk mengenal pasti produk pelancongan domestik dan ini (tapak arkeologi Sungai Batu) adalah di antaranya,” katanya lagi.

Tambahnya, hasil penyelidikan sebelum ini membuktikan tapak ini adalah Tamadun Tertua di Asia Tenggara dengan penemuan tapak peleburan besi, ritual dan pentadbiran serta jeti kuno seawal 788 sebelum Masihi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya