MKN Selangor adakan mesyuarat esok pagi - Utusan Malaysia

MKN Selangor adakan mesyuarat esok pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor akan bermesyuarat pagi esok bagi menentukan parameter kawasan yang berkenaan susulan kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam kenyataannya berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang terpakai dahulu akan diperhalusi dan dilengkapkan selesai mesyuarat bersama semua agensi, jabatan, dan badan berkaitan.

“Perkara-perkara berbangkit yang lain akan turut dimuktamadkan. Sebarang sebaran berkenaan SOP daerah Klang adalah tidak muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat pelarasan MKN,” katanya.

Terdahulu, PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor bermula 9 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di empat daerah berkenaan yang kini diisytiharkan Zon Merah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN