Merupakan filem yang diinspirasikan dari naskah Importance Of Being Earnest yang juga karya asal Oscar Wilde.
Mencari Rahmat arahan Al Jafree Md Yusop dilihat menjadi antara filem yang cukup relevan dengan keadaan semasa kini.
Berkongsi cabaran yang dilaluinya, menurut Al Jafree skrip filem ini mengambil masa sehingga 10 tahun untuk disiapkan.
“Sebenarnya keinginan untuk menghasilkan filem ini timbul setelah saya membaca naskhah hasil karya Oscar Wilde ini pada tahun 1981. Saya menganggap bahawa naskhah The Importance Of Being Earnest ini ternyata sangat menarik, terutama sekali subjeknya sangat relevan dan begitu sesuai pada masa sekarang ini.
“Proses penggambaran filem ini hanya mengambil masa sekitar 10 hari dan proses raptai bersama-sama pelakon pula adalah selama sebulan. Bagaimanapun, proses penghasilan skrip ini mengambil masa selama 10
tahun kerana kesukaran mengadaptasikan karya Oscar Wilde ini ke dalam Bahasa Melayu,” yang turut berharap karya sulungnya ini mendapat tempat.
Sementara itu memilih dua nama besar, Nam Ron dan Amerul Affendi sebagai tunjang utama filem ini. Kata Al Jafree lagi barisan pelakon filem ini dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam pentas teater.
“Watak-watak dan lakonan dalam filem ini menuntut mereka mempunyai pengalaman teater kerana dialognya yang panjang dan cara blocking filem ini diambil.
“Jadi, agak sukar untuk membariskan pelakon-pelakon yang tiada pengalaman teater untuk membintangi filem ini,” jelasnya lagi filem akan berada di pawagam 31 Disember depan.
Sementara itu Mencari Rahmat juga turut membariskan Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Eric Fuzi mengisahkan Razak seorang ahli perniagaan yang mempunyai dua personaliti berbeza.