Memandu mabuk, wanita didenda RM2,800 - Utusan Malaysia

Memandu mabuk, wanita didenda RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 39 tahun didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Trafik di sini semalam kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, wanita berkenaan ditahan melakukan kesalahan itu dalam Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Masai Lama, kelmarin.

Tambah Ismail, pekerja swasta itu bakal berdepan penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

“Sehubungan itu, polis menasihati pengguna jalan raya agar tidak memandu atau menunggang kenderaan motor di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya mengeluarkan 19 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan.

“Pada pukul 10 malam, 30 September lalu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam mengadakan Op Mabuk di Jalan Masai Lama. 

“Dalam operasi berkenaan, 19 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan manakala tiga ujian air kencing dibuat dengan seorang wanita ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya