Mayat wanita reput ditemukan di belakang kuil - Utusan Malaysia

Mayat wanita reput ditemukan di belakang kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Satu mayat wanita reput ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang sebuah kuil di Taman Zenith di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan pada pukul 8.30 malam.

“Mangsa ditemui berbogel namun terdapat pakaian dijumpai berhampiran mayat tersebut. 

“Dompet mangsa turut ditemukan di lokasi kejadian tetapi tidak mengandungi sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa yang telah reput itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN