Masalah kewangan mungkin punca anggota tentera gantung diri - Utusan Malaysia

Masalah kewangan mungkin punca anggota tentera gantung diri

A. ASMADI ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Masalah kewangan dan keluarga dipercayai menjadi punca seorang anggota tentera menggantung diri di kawasan tempat kereta pejabat pentadbiran Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) di Jalan Raja Dihilir di sini hari ini.

Mayat anggota berpangkat staf sarjan berusia 37 tahun itu ditemui rakannya dalam keadaan terjerut pada pukul 7.09 pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.40 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki tergantung di bawah tempat letak kereta berbumbung dalam keadaan berbaju dan berseluar sukan panjang berwarna hitam.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan leher terjerut dengan seutas tali plastik dan dipercayai membunuh diri dengan cara mengantung diri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tubuh lelaki itu mendapati tiada kesan-kesan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca lelaki itu bertindak demikian dengan mendapatkan keterangan daripada keluarga mangsa.

“Kita masih cuba mendapatkan pencerahan daripada keluarga mangsa adakah tindakannya mempunyai kaitan dengan hutang ah long bagaimanapun kita tidak dapat memberi pengesahan sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Menurut rakan sekerja lelaki itu, mangsa kelihatan seperti biasa pagi tadi namun dilihat gelisah sejak seminggu lalu dipercayai akibat masalah kewangan dan keluarga,” katanya.

Menurut beliau, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini  untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat jerutan di leher.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca mangsa bertindak demikian dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR),” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya