Masalah banjir menghantui penduduk kampung selesai - Utusan Malaysia

Masalah banjir menghantui penduduk kampung selesai

Sharifah Azizah (kiri) meninjau kawasan banjir kilat akibat air pasang besar di Kampung Tanjung Buai bersama pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi. Gambar: MASTURAH SURADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA TINGGI : Para penduduk Kampung Tanjung Buai boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan RM150,000 bagi menyelesaikan masalah banjir kilat akibat air pasang besar yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, peruntukan khas berkenaan diluluskan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad selepas permohonan dikemukakannya pada baru-baru ini.

Sharifah Azizah berkata, pihaknya berkesempatan meninjau keadaan banjir kilat tersebut ketika fenomena air pasang besar kelmarin yang telah menjejaskan kehidupan penduduk.

“Selepas melihat sendiri kejadian banjir kilat itu, kami merasakan bahawa tindakan segera perlu dilakukan sebelum menemui Menteri Besar untuk memaklumkan situasi sebenar yang berlaku di kampung berkenaan. 

“Alhamdulillah, dengan penerangan yang diberikan, beliau bersetuju mengeluarkan peruntukkan segera untuk membina benteng di Sungai Tanjung Buai itu bagi menghalang air laut memasuki rumah semasa air pasang besar berlaku,” katanya ketika ditemui semasa meninjau kawasan banjir kilat akibat air pasang besar di Kampung Tanjung Buai di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail dan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kota Tinggi, Wan Ahmad Hazmil Wan A. Aziz.

Menurut Sharifah Azizah lagi, berikutan itu, pihak Pejabat Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kota Tinggi telah datang meninjau masalah tersebut bagi merangka kerja pembinaan benteng berkenaan. 

Beliau menambah, dengan pelaksanaan kerja pemasangan benteng di Sungai Tanjung Buai itu diharapkan masalah berlanjutan sejak sekian lama dapat diselesaikan segera dan penduduk tidak perlu lagi bimbang dengan fenomena air pasang besar yang sering menghantui mereka.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya