Maritim Malaysia rampas 500 kilogram daun ketum - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas 500 kilogram daun ketum

BUNGKUSAN daun ketum yang dirampas daripada penyeludup yang yang cuba membawanya ke negara jiran di perairan Kuala Perlis, hari ini. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 500 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM15,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran di perairan Kuala Perlis hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Haji Paing berkata, rampasan tersebut dibuat apabila pihaknya menahan sebuah bot fiber di kawasan 0.2 batu nautika dari Kampung Tanah Baharu, Kuala Perlis kira-kira pukul 1.40 pagi.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan Op Khas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berkaitan.

“Hasil maklumat risikan, Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke sempadan negara jiran.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa mereka bertindak melarikan diri dengan menukar haluan ke daratan berhampiran, namun pihak Maritim Malaysia berjaya memintas dan menahan bot tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, ketika dihampiri, tekong dan dua awak-awak yang menaiki bot tersebut bertindak terjun ke laut dan berenang melarikan diri ke daratan kampung berhampiran.

“Selain daun ketum, bot fiber berserta enjin sangkut 30 kuasa kuda turut dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM25,000.

“Semua hasil rampasan dan bot tersebut dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut. 

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya