Maqis rampas udang krai, ikan laga dari Thailand - Utusan Malaysia

Maqis rampas udang krai, ikan laga dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah menggagalkan cubaan membawa masuk udang krai, ikan laga dan kekacang dari Thailand tanpa permit import sah di Bukit Kayu Hitam di sini malam semalam.

Pengarah Maqis negeri, P. Lily Rosalind memberitahu, kegiatan tersebut terbongkar setelah menahan sebuah lori di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini kira-kira pukul 11.45 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya menemui membawa masuk sebanyak 1,869 ekor udang krai, 79 ekor ikan laga dan 240 kilogram (kg) kekacang tanpa permit import sah dikeluarkan Maqis.

“Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit dikeluarkan Maqis menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Pengimport boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta sama, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, jumlah keseluruhan rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM58,030.

Tambahnya, Maqis sentiasa menjalankan pemeriksaan di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya