MAQIS rampas 319 kilogram ikan seludup - Utusan Malaysia

MAQIS rampas 319 kilogram ikan seludup

ANGGOTA Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis memeriksa ikan yang cuba diseludup ke negara ini tanpa permit sah di Pelantar Import Eksport Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis, semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR:  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas sebanyak 319 kilogram ikan dengan nilai RM1,714 yang cuba diseludup ke negara ini tanpa permit sah di Pelantar Import Eksport Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Perlis, semalam.

Pengarah MAQIS negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, rampasan tersebut susulan penahan sebuah bot bersama empat awak-awak yang cuba menyeludup barang dagangan tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan beberapa jenis ikan basah yang tidak mempunyai permit import antaranya ikan delah, ikan sebelah dan ikan merah.

“Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah akan disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), akta yang sama. 

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad Arshad memberitahu, MAQIS sentiasa memastikan setiap keluaran pertanian yang memasuki negara sama ada dari laluan darat, laut mahupun udara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Ini bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian serta memastikan setiap tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya