Maqis gagalkan cubaan bawa masuk benih cendawan - Utusan Malaysia

Maqis gagalkan cubaan bawa masuk benih cendawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menggagalkan cubaan membawa masuk benih cendawan bernilai RM200 dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, Ahad lepas. 

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan ke atas sebuah pacuan empat roda di kompleks berkenaan menemukan sebanyak 10 kotak dan 210 botol benih cendawan yang cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul, kegagalan untuk mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.

“Tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan lagi di semua pintu masuk negara,“ katanya.

Tambah beliau, ia  bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN