Majlis Raja-Raja Melayu bersidang - Utusan Malaysia

Majlis Raja-Raja Melayu bersidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja Melayu akan bersidang di Istana Negara esok bagi membincangkan cadangan-cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber istana memberitahu, sidang dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang.

Sumber berkata, sementara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengenai keputusan terhadap cadangan berkenaan, pandangan daripada raja-raja Melayu diambil kira.

Terdahulu, Seri Paduka dalam titahnya berkenan mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan dikemukakan Perdana Menteri semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN