PUTRAJAYA: Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur Ke-13 bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan baharu itu bagi menggantikan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang menamatkan perkhidmatan 30 September lalu setelah memberikan perkhidmatan cemerlang selama dua tahun.
Pengumuman itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.