Lemas dalam lombong ketika cari buah teratai - Utusan Malaysia

Lemas dalam lombong ketika cari buah teratai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki yang hilang ketika sedang mengutip buah teratai di sebuah lombong di Taman Muhibbah Jaya dekat sini ditemui lemas hari ini.

Mayat M. L. Jayasingam, 51, ditemui pada pukul 10.15 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 15 meter dari tempat kali terakhir dia dilihat rakannya.

Difahamkan, lelaki itu turun berseorangan ke dalam lombong untuk mengutip buah teratai namun tidak timbul ke permukaan lombong selepas 15 minit.

Pegawai Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Muhamad Shahrizal Aris berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, operasi mencari lelaki itu segera dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar.

“Pencarian di sekitar lombong dijalankan namun tidak menemui mangsa sebelum diteruskan dengan kaedah ‘surface searching’ di dalam air di mana mangsa akhirnya ditemui.

“Mangsa ditemui kira-kira 15 meter dari tebing pada kedalaman satu meter. Mangsa dibawa naik ke tebing dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat disertai 21 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Siput dan PPDA Kuala Kangsar. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya