Lelaki larikan beg tangan jemaah wanita - Utusan Malaysia

Lelaki larikan beg tangan jemaah wanita

GAMBAR kamera litar tertutup yang memaparkan seorang lelaki sedang mengambil beg tangan jemaah wanita di Masjid Jawahir, Pengkalan Balak di Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Dua jemaah wanita berdepan detik cemas selepas beg tangan mereka dilarikan seorang lelaki ketika sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Jawahir, Pengkalan Balak di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul pukul 6.25 pagi itu, difahamkan salah seorang mangsa berusia 55 tahun sedang dalam rukun solat tahiyyat akhir sebelum tiba-tiba beg tangan yang diletakkan bersebelahannya diambil suspek. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, wanita tersebut yang terkejut telah menjerit meminta tolong, namun suspek sempat mengambil sebuah lagi beg tangan jemaah wanita lain sebelum melarikan diri menaiki Toyota Vios berwarna putih. 

“Semasa mangsa sedang solat Subuh bersama seorang lagi jemaah perempuan, mereka telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bertindak mengambil beg tangan berisi kad pengenalan, kad bank serta serangkai kunci rumah. 

“Mangsa sempat menjerit, namun suspek berjaya meloloskan diri dengan menaiki sebuah kereta dipercayai dipandu rakannya yang menunggu di luar masjid,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas Arshad, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek. 

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya