Lelaki hayun cangkul ke arah polis ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki hayun cangkul ke arah polis ditahan

CANGKUL yang dihayun oleh suspek ke arah anggota polis selepas tidak dibenarkan keluar dari Kampung Padang Che Mas di Pulai, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki ditahan selepas ‘naik minyak’ dengan bertindak menghayun cangkul ke arah anggota polis di depan rumahnya di Kampung Padang Che Mas, Pulai dekat sini semalam.

Kejadian pada pukul 10.40 pagi itu berlaku selepas suspek merakam gambar anggota polis di sekatan jalan raya untuk membuat aduan kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampung.

Suspek tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampung tersebut berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Tembok bermula semalam hingga hujung bulan ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, suspek dipercayai bertindak demikian kerana marah selepas tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampung tersebut.

“Anggota polis kemudian mengekori suspek sehingga depan rumahnya lalu bertanya tentang gambar yang dirakam itu,” katanya.

Menurutnya, suspek yang merupakan pekerja kilang tiba-tiba memarahi anggota terbabit sebelum masuk ke dalam rumah untuk mengambil cangkul.

“Suspek cuba menghayunkan cangkul itu ke arah seorang anggota polis tetapi tidak berjaya selepas beberapa anggota lain bertindak menyekatnya dan berlaku sedikit pergelutan semasa tangkapan dilakukan.

“Suspek yang didapati negatif dadah tidak mempunyai rekod jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya