Lelaki gelang merah jambu di Bukit Tinggi ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki gelang merah jambu di Bukit Tinggi ditahan

Shamsul Amar Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Individu yang memakai gelang merah jambu di sebuah stesen minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi kelmarin telah ditahan bagi membantu siasatan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di kediamannya di sekitar daerah ini.

“Lelaki terbabit bekerja sebagai jurutera minyak dan gas (O&G) di Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober lalu.

“Dia kini telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit empat saat seorang lelaki memakai gelang merah jambu di sebuah stesen minyak di Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi kelmarin.

Lelaki terbabit mendakwa dirinya telah tamat tempoh kuarantin 14 hari dan keluar untuk mengisi minyak kereta di stesen tersebut.

Stesen minyak tersebut terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mukim Klang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN