Lelaki ditahan bantu siasatan - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun bagi membantu siasatan ke atas kes mayat yang ditemukan rentung dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas terbakar dalam kejadian di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City di Kota Warisan, Rabu lalu. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki India tersebut ditahan pada pukul 4 petang semalam, di Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, penahanan dibuat setelah polis membuat siasatan lanjut ke atas nombor casis kenderaan Toyata Harrier yang rentung tersebut. 

“Sebelum ini, berdasarkan nombor casis, kenderaan terbabit adalah milik seorang lelaki India. 

“Kemudian daripada maklumat itu membawa polis ke rumah yang didaftarkan di Subang Jaya sebelum membawa kepada lelaki itu yang dipercayai kawan pemilik kenderaan tersebut. 

“Sehubungan dengan itu, polis menahan lelaki terbabit untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, setakat ini mayat rentung yang telah di bedah siasat tiada pengesahan dari segi identiti dan perlu menjalani ujian DNA. 

Kelmarin, polis mengesahkan mayat yang ditemui rentung di dalam kenderaan SUV itu sebagai kes bunuh. 

Pengesahan itu berdasarkan siasatan lanjut yang dibuat ke atas kenderaan Toyata Harrier yang terbakar.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya