Lebih RM60.59 juta nilai rampasan libatkan 4,560 kes kesalahan di bawah akta KPDNHEP - Utusan Malaysia

Lebih RM60.59 juta nilai rampasan libatkan 4,560 kes kesalahan di bawah akta KPDNHEP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,560 kes melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM60.59 juta sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.

Pemangku Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata,  sebanyak 3,377 kes telah dikompaun dengan kutipan berjumlah RM1.49 juta.

Katanya, kes tertinggi adalah di bawah Akta Timbang dan Sukat dengan 2,431 kes, diikuti dengan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sebanyak 1,289 kes serta Akta Kawalan Bekalan 1961 sebanyak 367 kes.

“Sejumlah 440,549 premis perniagaan telah diperiksa oleh penguat kuasa sepanjang tempoh PKP bagi memastikan pematuhan semua undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNHEP. 

“Premis perniagaan tersebut merangkumi pelbagai jenis perniagaan seperti kedai runcit, pasaraya, kedai makan, kedai kek dan roti, kedai pakaian, bengkel kenderaan dan lain-lain premis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu memberitahu, secara keseluruhan, tiada pembelian panik dikesan selepas pemeriksaan di premis-premis runcit oleh pasukan pegawai penguat kuasa.

Katanya, bekalan barangan di peringkat pemborong dan pengilang adalah mencukupi, stabil dan berupaya menampung permintaan semasa.

Justeru, katanya, pengguna tidak perlu bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan pada setiap hari termasuk persediaan menghadapi musim banjir di negeri-negeri yang bakal terjejas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya