Kutipan hasil Kedah kurang RM100 juta - Utusan Malaysia

Kutipan hasil Kedah kurang RM100 juta

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Penularan pandemik Covid-19 di negara ini membawa kesan kepada kutipan hasil kerajaan negeri apabila berkurang hampir RM100 juta berbanding unjuran ditetapkan dalam Bajet Kedah 2020.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau yakin cabaran sama turut dihadapi oleh negeri-negeri lain.

Malah, menurutnya,  beliau juga menjangkakan ancaman Covid-19 akan terus memberi kesan kepada ekonomi pada 2021.

“Perkara itu akan diperincikan dalam pembentangan Bajet Kedah 2021 pada 15 November depan dengan tumpuan akan diberi kepada usaha mengaktifkan sektor ekonomi serta memaksimumkan kutipan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bajet Kedah 2020 yang dibentangkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada Oktober tahun lalu, menganggarkan kutipan hasil sebanyak RM701.94 juta.

Muhammad Sanusi menambah, Bajet Kedah 2021 akan mengambil tema bersandarkan slogan kerajaan negeri iaitu ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’.

“Kita mahu memaksimumkan kutipan hasil bagi menyebar luaskan lagi kerja-kerja kebajikan di negeri ini. 

“Namun, kita  yakin limpahan hasil daripada projek besar seperti pembinaan lima loji rawatan air yang bermula pada Disember serta Januari tahun depan, akan membawa kitaran ekonomi positif dalam pelbagai sektor dari segi pekerjaan dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, menurutnya,  beliau turut menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)  untuk menyelesaikan hutang kritikal menjelang Disember tahun ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya