Krisis air: 46 kawasan pulih - Utusan Malaysia

Krisis air: 46 kawasan pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kadar peratusan pemulihan air di beberapa kawasan yang terjejas kini berada pada tahap 17 peratus dengan melibatkan 46 kawasan menerima bekalan air sepenuhnya.

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 228 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di wilayah yang terjejas iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.

Pihaknya sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan yang masih terjejas.

Sebelum ini, sebanyak empat kawasan melibatkan Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air yang dikatakan berpunca daripada pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan sekitarnya.

Pencemaran dikatakan berpunca daripada aktiviti pencucian secara besar-besaran yang dijalankan di kawasan reban itik dan angsa di tepi Sungai Pajam serta kawasan perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN