KPN turut jalani kuarantin kendiri - Utusan Malaysia

KPN turut jalani kuarantin kendiri

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari mengikut nasihat yang diberikan Kementerian Kesihatan.

Ini susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif jangkitan Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Bercakap kepada Utusan Malaysia,  sebagai langkah berjaga-jaga, beliau juga melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 (ujian swab) dan ujian pengesanan telah disahkan negatif.

“Ya, saya akan menjalani kuarantin kendiri,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan menberitahu beliau akan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari.

Ini berikutan, pada 3 Oktober lalu beliau telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri menteri itu (Zulkifli).

Dalam pada itu, kementerian telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya