KPKT siap sedia hadapi banjir norma baharu - Utusan Malaysia

KPKT siap sedia hadapi banjir norma baharu

ISMAIL ABD. MUTTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia menghadapi banjir dalam keadaan norma baharu bagi membendung penularan Covid -19.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata, pihaknya melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana alam dengan pada masa sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ujarnya, sama seperti sebelum ini Jawatankuasa Bencana Alam di setiap negeri telah dibentuk dan bermesyuarat sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

“Saya sendiri telah melakukan tinjauan di sungai-sungai dengan menaiki bot dan segala persiapan dari segi bantuan pengangkutan, makanan dan sebagainya telah kita sediakan.

“Kalau boleh janganlah berlaku bencana alam tetapi kita juga perlu bersedia untuk menghadapi semua ini,” jelasnya pada sidang akhbar selepas majlis Hari Inovasi KPKT 2020 di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail turut memaklumkan sehingga semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakukan 10,172 operasi sanitasi awam.

“Daripada jumlah tersebut, 13,073 premis telah kita buat merangkumi sekolah-sekolah, pasar awam dan sebagainya.

“Kita juga menggerakkan kempen jangka panjang yang berteraskan kebersihan dalam usaha mendidik masyarakat supaya kekalkan kesihatan dalam kehidupan norma baharu,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis, Ismail menyifatkan Tema Hari Inovasi KPKT yang telah dipilih pada kali ini iaitu “Inovasi Memacu Kesejahteraan” adalah sangat bertepatan dalam menunjukkan komitmen KPKT dalam usaha untuk sentiasa melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan

“Sangat relevan dengan keadaan semasa Negara yang sedang menangani pandemik Covid-19 yang umum sedia maklum telah mengubah corak kehidupan sehingga mewujudkan norma baharu di seluruh dunia. 

“Tema ini juga selari dengan agenda kerajaan dalam menghadapi pandemik tersebut melalui pendekatan strategik 6R; Resolve (Ketegasan), Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan Semula), Recovery (Pemulihan), Revitalize (Memperkasa) dan Reform (Menyusun Semula),” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya