KP Johor hairan pihak pertikai undang-undang kesalahan pemandu mabuk - Utusan Malaysia

KP Johor hairan pihak pertikai undang-undang kesalahan pemandu mabuk

Ayob Khan Mydin Pitchay (dua,kanan) turun padang bersama anggota memeriksa kenderaan dalam Operasi Mabuk di Stulang Laut Johor Bahru malam tadi. -UTUSAN/Baazlan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikan usaha kerajaan meluluskan undang-undang baharu berhubung kesalahan pemabuk mabuk dan menyifatkannya sebagai terlalu keras.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pindaan undang-undang itu bukan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak meminum arak, tetapi sebaliknya agar mereka mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelakkan masalah lebih besar termasuk nahas jalan raya.

“Apabila ada ada undang-undang, ada pula tidak mahu ikut seperti mana berlakunya insiden baru-baru ini di persimpangan lampu isyarat Plaza Pelangi. Inilah yang kita dikatakan, apabila ada undang-undang tidak mahu ikut, malah mempertikaikan undang-undang tersebut.  

“Saya rasa kalau semua rakyat faham dan ikut peraturan benda ini tidak akan berlaku. Macam tadi, saya periksa ada yang bacaan 200 miligram alkohol sedangkan dibenarkan 50. Kalau kita benarkan apakah yang akan terjadi? 

“Oleh itu, kena ada kesedaran di peringkat masyarakat untuk patuh undang-undang jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas Ops Mabuk di Stulang Laut, di sini semalam.

Pada Isnin lalu, Johor menjadi negeri terawal melakukan pendakwaan di bawah undang-undang baharu apabila seramai sembilan individu didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Sebelum ini, seksyen itu yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan sebelum dipinda dan diluluskan di Parlimen.

Dalam pada itu, Ayob Khan memaklumkan, sebanyak 18 pemandu mabuk  berusia lingkungan 32 hingga 56 tahun ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 dalam Ops Mabuk itu.

Beliau berkata, dalam operasi yang sama juga, sebanyak 153 saman telah dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan.

“Sejak 23 Oktober lalu hingga semalam, polis sudah melaksanakan 25 operasi. Dalam operasi itu, kita membuat  42 tangkapan, 19 daripadanya sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020.

“Pindaan baharu kandungan alkohol dikurangkan kepada 50 miligram. Sama ada ia berkesan atau pun tidak, ia bergantung kepada masyarakat untuk patuh atau sebaliknya. Ini adalah undang-undang yang betul dan sudah dipertimbangkan setelah membuat pindaan yang dibentangkan di Parlimen. Kita bukannya buat secara terdesak dan ini adalah bagi memastikan kes kemalangan ini dapat dikurangkan,” katanya. UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya