KP Jakim meninggal dunia - Utusan Malaysia

KP Jakim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor, pukul 1 petang tadi akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Berita itu disahkan Unit Komunikasi Korporat Jakim kepada pihak media.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang.

Semalam, Jakim dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham bebas daripada jangkitan Covid-19.

Allahyarham telah menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 kelmarin di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

“Memandangkan faktor sejarah kesihatan yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan,” memetik kenyataan itu semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN