MELAKA: Bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh ditutup susulan operasi nyah cemar yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, hari ini.
Tinjauan di perkarangan kompleks tersebut mendapati, pengawal keselamatan menutup pintu masuk utama bagi mengelak sebarang kenderaan masuk ke situ.
Selain itu, tular beberapa keping gambar sepasukan anggota bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) menjalankan proses sanitasi di Seri Negeri.
Tindakan dilakukan dipercayai berkaitan berita tersebar menyatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu pulang dari Sabah dipercayai positif Covid-19. – UTUSAN ONLINE