Kes Covid-19 meningkat, masih leka berhibur - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 meningkat, masih leka berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Meskipun jangkitan virus Covid-19 di negeri ini mencecah 48 kes, namun masih terdapat orang ramai leka berhibur sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Terbaharu seramai 31 individu terdiri daripada 18 lelaki dan 13 wanita berusia lingkungan 18 hingga 30 tahun yang sedang leka berseronok dalam parti liar ditahan polis menerusi dua serbuan di premis berasingan sekitar Medini Utara di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, 21 ditahan membabitkan 11 lelaki dan 10 wanita.

Katanya, serbuan dilakukan di sebuah rumah di kawasan tersebut kira-kira pukul 7.30 malam.

“Serbuan kedua diadakan di rumah lain di lokasi sama kira-kira pukul 8.30 malam. Semasa serbuan tersebut seramai 10 orang lagi suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN