Keretapi Bukit Bendera tergendala, 150 pengunjung terkandas - Utusan Malaysia

Keretapi Bukit Bendera tergendala, 150 pengunjung terkandas

SERAMAI 150 pengunjung berdepan detik cemas selepas perkhidmatan keretapi funikular dinaiki mereka tergendala di pusat peranginan Bukit Bendera, Pulau Pinang di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kira-kira 150 pengunjung Bukit Bendera di sini berdepan detik cemas selepas perkhidmatan keretapi funikular dinaiki mereka tergendala petang ini.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada salah seorang penumpang yang memaklumkan terkandas di stesen tengah kira-kira pukul  2.33 petang tadi.

“Sebaik sahaja menerima panggilan, sepasukan anggota di balai penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian dan menyelamatkan mangsa terkandas menggunakan pacuan empat roda,” katanya kepada pemberita di sini.

Difahamkan kesemua penumpang yang terkandas sudah berjaya dibawa turun dalam operasi menyelamat kira-kira satu jam.

Sementara itu, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan mengesahkan perkhidmatan funikular Bukit Bendera sedang mengalami gangguan buat sementara waktu. 

“Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan  terima kasih di atas kesabaran semua,” demikian menurut kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya