Keluarga Malaysia ditemukan mati - Utusan Malaysia

Keluarga Malaysia ditemukan mati

POORNA Kaameshwari Sivaraj dan anak lelakinya, Kailash Kuha Raj ditemukan mati di sebuah flat di London, kelmarin. – METROPOLITAN POLICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang suami isteri warga negara Malaysia dan seorang anak lelaki mereka berusia tiga tahun ditemukan mati di sebuah flat, di sini semalam.

South China Morning Post melaporkan, Poorna Kaameshwari Sivaraj, 36, serta anak lelakinya, Kailash Kuha Raj ditemukan mati di lokasi kejadian dan polis percaya kedua-duanya sudah meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari.

Suami Poorna, Kuha Raj Sithamparanathan, 42, pula ditemukan cedera parah di flat berkenaan sebelum meninggal dunia.

Polis memaklumkan Kuha dipercayai sengaja mencederakan dirinya ketika pasukan polis cuba memasuki rumah mereka, selain Poorna dan anak lelakinya dilaporkan ‘hilang tanpa jejak’ selama lebih dua minggu sebelum ditemukan mati.

Kehilangan Poorna dan anak­nya menimbulkan kerisauan kepada keluarganya menyebabkan mereka menghubungi polis pada Ahad lalu.

Sehubungan itu, polis pergi ke rumah pasangan tersebut pada keesokan harinya, namun tidak mendapat sebarang jawapan dan mereka dimaklumkan oleh para jiran bahawa Poorna dan anak lelakinya sudah lama tidak kelihatan.

Keadaan itu menyebabkan polis membuat keputusan untuk memecah masuk rumah pasangan berkenaan.

Jurucakap polis, Simon Harding berkata, mereka akan menyiasat insiden tersebut sebagai kes pembunuhan, termasuk kematian suami Poorna.

“Siasatan awal menunjukkan Poorna dan anak lelakinya ‘hilang’ sejak 21 September lalu.

“Kami akan meneliti semua aspek yang boleh dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, sumber terdekat keluarga mangsa memaklumkan proses bedah siasat pasangan suami isteri dan anaknya dijangka bermula hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya