Kapal berlanggar di perairan Tanjung Kling - Utusan Malaysia

Kapal berlanggar di perairan Tanjung Kling

DUA kapal berlanggar pada kedudukan 2.4 batu nautika arah barat daya Terminal Tanjung Bruas, perairan Tanjung Kling, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah kapal pengangkut pasir dan kapal tangki dilaporkan berlanggar pada kedudukan 2.4 batu nautika arah barat daya Terminal Tanjung Bruas, perairan Tanjung Kling di sini, semalam.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan membabitkan kedua-dua anak kapal dalam insiden yang berlaku pada pukul 11.38 pagi itu. 

Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia, kejadian berlaku ketika kapal pengangkut pasir MV Oceanline 5001 dalam pelayaran dari kawasan tambakan Kota Laksamana.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua kapal mengalami kerosakan dan pihak berkuasa menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya