Kanak-kanak cedera jatuh dari puncak Bukit Bal - Utusan Malaysia

Kanak-kanak cedera jatuh dari puncak Bukit Bal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di bahagian tulang belakang dan pinggang selepas terjatuh dari puncak Bukit Bal di Taman Rimbun Harmoni, Seremban 2 dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.08 petang dan tiba sembilan minit kemudian.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) Bomba membuat penyelamatan di puncak Bukit Bal dengan ketinggian 230 meter itu dengan menggunakan peralatan khas.

“Kami mengambil masa selama 45 minit untuk menaikkan mangsa di atas serta membuat pra rawatan awal terhadap mangsa ditempat kejadian,” katanya dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudiannya berjaya dibawa turun ke bawah bukit menggunakan pengusung dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat daripada ibu mangsa, dia bersama suami dan sepupunya sampai di puncak Bukit Bal dan secara tiba-tiba anaknya itu tergelincir lalu terjatuh ke bawah.

“Suaminya bergegas ke bawah menyusuri bukit menjejak anaknya dan terdapat orang awam yang menunggang basikal di lokasi lalu membuat pertolongan dan menghubungi bomba” katanya.

Dalam pada itu, katanya seramai 20 anggota terlibat dalam operasi penyelamatan berkenaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya