Kampung Budaya Terengganu ditutup sehingga akhir bulan ini - Utusan Malaysia

Kampung Budaya Terengganu ditutup sehingga akhir bulan ini

KAMPUNG Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup ditutup sementara sehingga akhir bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kampung Budaya yang menjadi tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu kini ditutup sementara sehingga 31 Oktober ini susulan peningkatan mendadak kes Covid-19.

Jabatan Pelancongan negeri dalam satu kenyataan berkata, penutupan operasi muzium hidup itu yang berkuat kuasa hari ini selaras usaha mengekang penularan pandemik tersebut.

“Arahan penutupan melibatkan keseluruhan operasi di samping pengisian program dan aktiviti di Kampung Budaya Terengganu kecuali kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan penting seperti keselamatan dan penyelenggaraan.

“Sejak pembukaan Kampung Budaya Terengganu pada 3 September lalu, pihak pengurusan sentiasa memastikan tahap kesihatan kakitangan yang bertugas berada pada tahap terbaik,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, sepanjang tempoh operasi tersebut, pihak pengurusan juga sentiasa memastikan pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan penularan pandemik Covid-19 dicegah demi kesejahteraan dan keselamatan bersama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN