Kadar pengangguran Singapura meningkat - Utusan Malaysia

Kadar pengangguran Singapura meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kadar pengangguran keseluruhan di Singapura naik kepada 3.4 peratus pada Ogos, mengatasi kadar tinggi 3.3 peratus yang dicatatkan September 2009 semasa krisis kewangan global.

Namun, kadar pada Ogos adalah lebih rendah berbanding kadar pengangguran keseluruhan tertinggi sebanyak 6.4 peratus yang dicatatkan September 2003 ketika penularan SARS.

Berita Mediacorp melaporkan, laporan keadaan pekerjaan terkini daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menunjukkan kadar pengangguran keseluruhan bagi Ogos meningkat 0.4 peratus berbanding Julai.

MOM menyatakan, kementerian itu sudah mula menjejak kadar pengangguran secara bulanan untuk ‘memantau keadaan buruh dengan lebih teliti’. Kadar pengangguran biasanya dikeluarkan setiap suku tahun.

“Kami mengamati walaupun kadar pengangguran bulanan secara umumnya lebih rendah berbanding paras tinggi semasa kemelesetan ekonomi sebelumnya, ia perlahan-lahan meningkat.

“Masih belum diketahui jika pengangguran akan meningkat dengan lebih cepat dalam beberapa bulan mendatang.

“Kami tidak boleh katakan pada saat ini, sama ada dalam beberapa bulan mendatang, kadar pengangguran akan meningkat lebih cepat atau akan kekal sama,” kata Menteri Tenaga Manusia, Josephine Teo. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya