Jumpa najis tikus, lipas di restoran - Utusan Malaysia

Jumpa najis tikus, lipas di restoran

DR. Noorhaida menunjukkan tompokan najis lipas dan tikus ditemui dalam kabinet dapur di sebuah kedai makan di sekitar bandar Muar, Johor hari ini. - FOTO/NUR ALINA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Bukan sahaja kesan najis tikus dan lipas ditemukan dalam kabinet dapur, malah serangga perosak dilihat turut berkeliaran di sekitar lantai dan dinding beberapa premis makanan tumpuan pelancong sekitar bandar ini.

Demikian antara kesalahan serius dikesan Pejabat Kesihatan Daerah Muar ketika Operasi Bersepadu Premis Makanan Bersih di sini semalam.

Pegawai Kanan Kesihatan Daerah, Dr. Noorhaida Ujang berkata, kegagalan terhadap aspek kebersihan itu menyebabkan dua kedai makan di sekitar bandar ini dan Bukit Pasir yang sering menjadi tumpuan pengunjung telah diarahkan tutup serta-merta.

Beliau berkata, antara kesalahan lain dikesan adalah kegagalan pekerja menjalani suntikan anti-thypoid serta tidak memakai kasut bertutup dan penutup kepala.

“Kita tidak menolak kemungkinan besar kehadiran serangga dan haiwan perosak di dapur kedai berpunca daripada penutupan operasi sebelum ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk pengusaha kedai memandang remeh dalam aspek kebersihan. Mereka seharusnya memastikan premis berada dalam keadaan baik kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai dalam aktiviti penyajian makanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 39 premis diperiksa di mana empat daripadanya diarahkan tutup berikutan keadaan kotor selain kecuaian pengusaha gerai meletakkan bahan mentah di lantai.

Ujar Dr. Noorhaida, faktor lain menyebabkan premis ditutup kerana makanan dalam peti sejuk yang tidak teratur, tersusun dan kawalan suhu yang tidak memuaskan.

Beliau yang juga ketua operasi itu berkata, sebanyak 25 notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan yang membabitkan nilai kompaun sejumlah RM4,700.

Dalam operasi bersepadu bersama Majlis Perbandaran Muar (MPM) itu, beberapa buah kedai makan turut dikompaun atas kesalahan tidak memasang perangkap minyak di sinki sekali gus mengakibatkan parit dan longkang berlumut kerana sisa makanan dari saliran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya